fbpx

Ahmad Zahid tidak menguasai MKT UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (dua dari kiri) menyampaikan cek sumbangan kepada wakil pengurusan Masjid Al-Iman Tali Air 2, Ban 3, Tanjong Karang, Kuala Selangor hari ini. /FOTO ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar menafikan Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menguasai Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.

Beliau berkata, semua pemimpin yang memegang jawatan dalam MKT sentiasa diberi peluang untuk menyatakan pendapat masing-masing.

“Kita selama ini bermesyuarat sehingga beberapa jam dan tidak dihalang sama sekali untuk bercakap. Jadi, di mana timbulnya isu beliau (Ahmad Zahid) menguasai MKT?

“Hanya apa yang kita pegang dalam prinsip demokrasi, kalau majoriti sudah bersetuju, itu dianggap sebagai keputusan bersama.

“Sebelum ini, banyak juga cadangan saya tidak diterima dalam MKT dan saya akur dengan keadaan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan sumbangan kepada Masjid Al-Iman Tali Air 2, Ban 3, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan MKT UMNO bakal menentukan sama ada pemilihan parti itu bakal diteruskan pada tahun ini atau ditangguhkan.

Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan keputusan yang dibuat itu turut mengikut landasan perlembagaan parti.

Mengulas lanjut perkara itu, Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, pihaknya menyokong penuh kenyataan Ismail Sabri yang menyerahkan kepada MKT untuk menentukan pemilihan parti itu.

“Kenyataan beliau (Ismail Sabri) amat jelas bahawa sokongan UMNO kepada kerajaan Pakatan Nasional (PN) diteruskan sehingga Parlimen dibubarkan.

“Semua pemimpin dan ahli parti perlu memahami dengan jelas kenyataan itu bagi mengelak kekeliruan dan perpecahan. Kalau ada yang berpecah, mungkin ada di antara mereka yang tak faham apa yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020,” katanya. -K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI