fbpx

Zulfarhan lulus, ‘Fit’ masuk UPNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan arwah Zulfarhan bersama kedua ibu bapanya.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah lulus atau ‘Fit Everywhere’ (FE) untuk menjalani latihan ketenteraan di universiti itu.

Bekas pegawai perubatan UPNM Dr. Harniza Kosnan ,37, yang merupakan saksi pendakwaan ke -30 berkata ia berdasarkan keputusan pemeriksaan fizikal yang dijalani pegawai kadet itu ketika kemasukkannya sebagai pelatih tentera UPNM pada 2014 lalu.

“Sepanjang menuntut di UPNM, Zulfarhan ada menerima rawatan di pusat kesihatan universiti ini sebanyak empat kali antara 9 Disember 2015, 11 Disember 2015, 9 Mei 2016 dan 13 Mei 2015 antaranya mengalami demam dan sakit lutut kiri,” katanya.

Saksi itu turut berkata, selain daripada penyakit yang dinyatakan itu, dia tidak pernah mengadu mengalami sesak nafas, sakit jantung atau sakit lain selain tidak pernah menerima apa-apa aduan daripada warden atau jurulatih atau mana-mana pelatih.

Ketika ditanya mengenai status FE oleh Timbalan Pendakwa Raya N.Joy Jothi, Harniza berkata, ia diberikan setelah seseorang pelatih menjalani pemeriksaan fizikal secara menyeluruh dan didapati tiada sebarang penyakit atau kecacatan.

“Setiap kali kemasukan, pelatih kena buat pemeriksaan kesihatan, ‘Fit’ bermaksud tahap kesihatan secara keseluruhan dari atas hingga bawah adalah normal,” katanya.

Sementara itu ketika disoal balas peguam, Amer Hamzah Arshad, Dr. Harniza bersetuju bahawa beliau tidak mempunyai kepakaran dalam bidang autopsi (bedah siasat) dan patologi.

Beliau juga bersetuju bahawa keterangan mengenai tahap kesihatan Zulfarhan adalah berdasarkan rekod di UPNM semata-mata.

Malah katanya, jika pelatih tidak membuat aduan kesihatan, pihak perubatan UPNM tidak akan mengetahui penyakit-penyakit lain yang dihadapi pelatih.

Dalam masa sama saksi juga bersetuju bahawa masalah kesihatan boleh timbul semasa Zulfarhan di dalam UPNM.

Pada Selasa lalu, penuntut UPNM, Muhammad Alif Farhan Aerosni ,25, yang merupakan saksi pembelaan terakhir ke-20 selesai memberi keterangan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung lagi minggu depan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI