fbpx

Wujud kelompok tidak sependapat dengan Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
rais
Dr. Rais Yatim

KUALA LANGAT – Tindakan kesemua Menteri UMNO terus kekal berada di dalam Kabinet membuktikan bahawa wujud kelompok yang tidak bersependapat dengan Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, pendirian menteri-menteri parti itu turut menimbulkan persoalan sama ada mereka masih ‘bersama’ dengan Ahmad Zahid.

“Adakah mereka bersama Presiden sedang mereka tidak meletakkan jawatan. Tidak letak jawatan itu memang pedih juga dan  diibaratkan umpama menarik nafas daripada hidung.

“Ia bermakna ada beberapa kelompok dalam UMNO yang tidak sama dengan pendirian Presiden parti tersebut,” katanya ketika ditemui pada program gotong royong bersama sukarelawan Yayasan Budi dan Orang Asli di Perkampungan Budaya Mah Meri di Pulau Carey di sini, hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan semua menteri dari parti UMNO tidak akan melepaskan jawatan masing-masing dan akan terus kekal berada dalam kabinet selepas kesepakatan dicapai antara mereka susulan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rais yang juga Yang Dipertua Dewan Negara berkata, apa yang didengari rakyat ketika ini hanya kenyataan daripada Ahmad Zahid dan mungkin tidak dirasai golongan bawahan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI