fbpx

Uqasha dah beli kain baju pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UQASHA bersama pereka fesyen terkenal, Shanell Harun sedang meneliti kain seperti untuk dibuat baju pengantin.

Umum tahu si cantik Uqasha Senrose bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya Kamal Adli selepas hari raya Aidilfitri tahun ini.

Malah, sehingga hari ini pasangan itu belum berkongsi tarikh perkahwinan secara spesifik kepada umum.

Namun, baru-baru ini satu perkongsian Instagram milik pereka fesyen terkenal, Shanell Harun mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat sedang membeli-belah kain di pusat tekstil terkenal.

“Dating dengan si manis Uqasha,” tulis Shanell dalam kapsyen.

Susulan daripada hantaran tersebut, ramai netizen mula membuat andaian Uqasha sedang membeli kain untuk baju pengantinnya nanti.

“Seorang lagi si cantik hendak kahwin, sudah bau nasi minyak,” tulis seorang netizen.

Tarikh perkahwinan mereka pun sudah semakin hampir benar sekiranya mereka memang akan bernikah selepas hari raya nanti.

Tak sabar nak lihat pasangan itu naik pelamin, mesti bagai pinang dibelah dua. Semoga semua persiapan perkahwinan dipermudahkan ya.

MIZZ LAHAR: Ramai suka dengar suara Tiz Zaqyah menyanyi. Katanya persis suara Agnes Monica! Hebatnya kamu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI