fbpx

Ular sawa 60 kilogram ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM Daerah Muallim menangkap ular sawa yang masuk ke kandang kambing di Kampung Sungai Dara di Slim River hari ini.- IHSAN APM

TANJUNG MALIM – Seekor ular sawa seberat 60 kilogram (kg) berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kandang kambing di Kampung Sungai Dara dekat Slim River di sini hari ini.

Pegawai APM Daerah Muallim, Kapten Shahrizal Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kehadiran reptilia sepanjang lebih 18 meter oleh pekerja ladang pada pukul 11.56 pagi.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi segera menangkap ular sawa itu dengan menggunakan peralatan menangkap ular.

“Pekerja di ladang ternakan kambing memaklumkan mereka ternampak reptilia itu berada dalam kandang sebelum bertindak menghubungi APM.

“Anggota terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit bagi menangkap ular itu yang dipercayai sedang kelaparan dan masuk ke kandang bagi mencari mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, tindakan pantas pekerja di ladang tersebut telah berjaya menyelamatkan haiwan ternakan daripada menjadi mangsa.

“Ular sawa yang berjaya ditangkap itu dibawa balik ke Pejabat APM Daerah Muallim sebelum dihantar ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Sungkai,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI