fbpx

Torres semakin hampiri Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TORRES (kiri) menjadi buruan United ketika ini yang mahu mendapatkan khidmat pemain pertahanan tengah. – AFP

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan sudah menghubungi ejen pemain pertahanan Villareal, Pau Torres untuk melihat potensi perpindahannya ke Old Trafford musim panas nanti.

Kelab tersebut dilaporkan sudah memberikan ‘lampu hijau’ buat pengurus, Ole Gunnar Solskjaer untuk berbelanja pada jendela perpindahan nanti untuk memperkuatkan tiga posisi utama pasukan itu.

Solskjaer dilaporkan mahu mendapatkan penyerang baharu, pemain pertahanan kanan serta pemain tengah selain dikaitkan dengan beberapa nama pemain pertahanan te­ngah yang bakal bergandingan bersama Harry Maguire.

Torres menjadi salah satu nama berkenaan dan ia mampu menjadi realiti selepas pemain itu sendiri menyatakan minatnya untuk berhijrah ke Old Trafford.

Laporan akhbar di Sepanyol menyebut, satu rundingan antara wakil United dan ejen Torres sudah dilakukan dan perkembangannya dilihat agak positif.

Torres memiliki klausa pelepasan bernilai €65 juta (RM316.35 juta) tetapi tekanan kewangan yang dihadapi oleh Villareal mungkin menyaksikan United mampu mendapatkan khidmatnya pada harga sekitar €45 juta (RM219.01 juta).

Selain itu, perpindahan tersebut hampir menjadi ke­nyataan apabila United juga bersedia untuk melepaskan khidmat bek tengah, Eric Bailly untuk kembali ke kelab lama­nya itu.

Torres membuat 32 penampilan bersama Villareal musim ini yang menyaksikan dia berjaya mempertahankan gawang pasukan itu daripada dibolisi untuk sembilan perlawanan dan meledak tiga gol.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI