fbpx

TLDM pintas bot PATI ceroboh masuk perairan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TLDM berjaya memintas bot membawa 40 PATI dalam Ops Benteng Laut di perairan Tanjung Penawar, Kota Tinggi, Johor malam semalam.

KOTA TINGGI – Cubaan 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk empat tekong laut warga Indonesia menyeludup masuk melalui perairan negara berjaya dipatahkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat dalam kenyataan berkata, kesemua mereka berjaya diberkas dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di perairan Tanjung Penawar, malam tadi.

Katanya, Kapal Diraja (KD) Ganyang turut diaturgerak bersama tiga bot pemintas bagi melaksanakan rondaan Op Benteng Laut di sekitar Teluk Penawar yang menjadi kawasan tumpuan pendaratan PATI.

“Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) Julong-Julong dan RHIB Pengerang telah mengesan sebuah bot mencurigakan 1.5 batu nautika Tanjung Penawar pada 11.30 malam semasa melaksanakan rondaan di sekitar kawasan tersebut.

“Kedua-dua bot pemintas ini telah berjaya menahan bot terbabit dan hasil pemeriksaan mendapati seramai 36 orang PATI dan empat orang tekong laut membuat cubaan masuk ke Malaysia secara haram melalui pintu yang tidak diwartakan,”katanya dalam kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, kesemua individu yang ditahan gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dengan menaiki sebuah bot berkapasiti 400 kuasa kuda tanpa permit dan dokumen yang sah.

Jelasnya, nilai rampasan keseluruhan tangkapan dianggarkan bernilai RM170,000 melibatkan bot fiber bersama dua enjin.

“Kesemua mereka yang diberkas di bawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Musoh dan diserahkan kepada 2 Rejimen Artileri Diraja (2RAD) untuk melaksanakan pemeriksaan dan saringan Covid-19.

“Mereka juga akan dibawa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Polis Diraja Malaysia untuk tindakan susulan,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI