fbpx

Tiada bukti 13 transaksi pemindahan wang berkaitan 1MDB – peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, 13 transaksi wang melibatkan tujuh akaun milik bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa dan isterinya, Lim Hwee Bin tidak mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili pasangan suami isteri itu berhujah, tiada bukti menunjukkan transaksi yang berlaku di antara 7 Ogos 2015 dan 17 Ogos 2018 itu mempunyai hubungan dengan 1MDB.

Menurut beliau, pemindahan wang itu sebaliknya membabitkan akaun peribadi beberapa buah bank milik Roger dan isterinya serta pembayaran
sebanyak RM85,864.21 kepada Inland Revenue Authority of Singapore (IRAS).

Hujah Hock Chuan, daripada tujuh akaun itu, empat milik Roger, dua merupakan akaun bersama milik kedua-duanya manakala dua lagi milik isterinya.

Sehubungan itu, peguam bela menghujahkan, pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa transaksi daripada tujuh akaun itu meragukan dan merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Hujah Hock Chuan lagi, asas pihak pendakwaan bahawa wang dalam akaun-akaun berkenaan adalah hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram adalah dakwaan semata-mata tanpa disokong oleh bukti nyata.

Permohonan yang didengar di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 5 April ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI