PETALING JAYA – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli membuat kemunculan istimewa di slot Berita Perdana Khas pukul 8 malam tadi di saluran TV1, RTM sempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia ke-75.
Baginda tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita terbabit menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara.
Penampilan khas Tengku Permaisuri Selangor itu mengejutkan penonton saluran TV1 yang rata-rata memuji kerana masih berbakat menyampaikan berita.
Kali terakhir baginda dilihat tampil sebagai pembaca berita adalah pada 31 Ogos 2016 lalu.
Tengku Permaisuri Norashikin melangsungkan majlis pernikahan bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah Klang. – K! ONLINE