fbpx

Sekatan eksport vaksin tidak jejas bekalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham

PUTRAJAYA – Sekatan eksport vaksin di beberapa negara tidak akan menjejaskan pembekalan vaksin ke Malaysia,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Beliau berkata, ia berdasarkan komitmen daripada kesemua pembekal menerusi perjanjian dengan negara ini yang memberikan jaminan tidak berlaku kelewatan pembekalan vaksin dan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Vaksin AstraZeneca kita tidak beli melalui Eropah, kita beli dari kilang di Thailand, jadi ia tidak ada masalah. Untuk fasiliti Covax yang membekalkan AstraZeneca, ia datang dari Korea Selatan.

“Perkara-perkara ini semua dijamin. Jadi isu kelewatan bekalan vaksin daripada pembekal tidak berlaku pada negara.

“Alhamdulillah kita melaksanakan semua jadual penghantaran dalam waktu yang ditetapkan, malah kita minta mereka boleh mempercepatkan lagi penghantaran,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kegusaran banyak negara berikutan langkah Kesatuan Eropah menyekat eksport vaksin Covid-19 berikutan kemunculan jangkitan gelombang ketiga dan keputusan New Delhi menangguhkan eksport vaksin ekoran lonjakan jangkitan di India selain tindakan Amerika Syarikat (AS) menyekat eksport bahan mentah untuk penghasilan vaksin bagi meningkatkan pengeluaran Pfizer BioNTech – Comirnaty di pasaran AS. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI