BATU PAHAT – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejaki ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bagaimanapun percaya, suspek yang berusia 33 tahun itu masih bersembunyi di kawasan Lembah Klang.
“Pihak polis masih belum dapat mengesan lokasi suspek tetapi nama Datuk Seri Nicky di dalam senarai untuk semua dipintu-pintu masuk yang sah dan yang tidak sah serta laluan tikus.
“Ini bagi memastikan dia tidak mengambil kesempatan untuk menyusup keluar,” katanya ketika sidang media Program Town Hall Discussion PDRM Johor di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, di sini hari ini.
Ayob Khan berkata, suspek berkenaan mempunyai rangkaian kerja yang luas dan bantuan termasuk daripada pegawai, anggota penguatkuasa dan individu-individu yang berpengaruh bagi mengambil kesempatan untuk berlindung atau menyusup keluar.-K! ONLINE