fbpx

Polis PJ kesan saksi penting kes mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Safawi merupakan saksi penting dalam perbicaraan kes mahkamah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

PETALING JAYA – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang lelaki tempatan yang merupakan saksi penting dalam perbicaraan kes mahkamah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, saksi yang dicari adalah Ahmad Safawi Osman berusia 54 tahun.

“Pihak IPD Petaling Jaya memohon orang ramai yang mengenali penama (Ahmad Safawi) agar memberitahunya bahawa beliau adalah saksi penting perbicaraan kes Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Tinggi Shah Alam (Jenayah 8).

“Saksi diminta untuk hadir pada 30 April dan sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai mengenai lelaki berkenaan sila berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Azreen Zahari di talian 017 9803910,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI