fbpx

PIK bantu mudahkan penduduk luar bandar daftar PICK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Lebih 1,000 Pusat Internet Komuniti (PIK) seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) di seluruh negara akan dijadikan pusat bagi membantu orang awam mendaftar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

MCMC menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, PIK dijangka akan memudahkan penduduk di luar bandar khususnya warga emas yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.

Menurutnya, kakitangan PIK yang bertugas sepenuh masa di PIK akan membantu melicinkan proses pendaftaran itu. Terdapat juga paparan poster di PIK mengenai pendaftaran vaksin Covid-19 melalui MySejahtera bagi memaklumkan orang awam.

“Menerusi usaha itu, ia diharap dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai pentingnya proses vaksinasi dalam membantu kerajaan memerangi pandemik Covid-19,” katanya.

Katanya, mereka yang masih belum mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 boleh manfaatkan kemudahan di PIK untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI