fbpx

Nad Zainal selamat timang cahaya mata kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nad Zainal bersama cahaya mata keduanya yang selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur kelmarin.

PETALING JAYA – Pelakon Nad Zainal selamat melahirkan cahaya mata keduanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidini, 30, dalam Instagramnya semalam.

Bagaimanapun, pelakon itu tidak mendedahkan apa-apa maklumat tentang kelahiran anak keduanya itu dan meminta supaya dia diberikan ruang.

“Terima kasih kepada kawan-kawan yang hantar hadiah awal-awal. Anda tahu siapa anda. Bagi kami bertenang dulu menerima orang baharu,” tulisnya dalam Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Nad menceritakan situasi ketika dia berada di dalam bilik pembedahan apabila memaklumkan bahawa dia berada dalam keadaan tenang walaupun ketika perutnya dibelah.

“Sambil-sambil fikir apa yang bakal ditempuh, baik berselawat dan berzikir. Sangat tenang. Tapi bila masuk bilik pembedahan, berborak seolah tengah main batu Seremban dengan doktor.

“Walhal perut tengah kena belah Tak rasa tertekan langsung. Lagi tertekan kena swab (ujian calitan),” katanya.

Menerusi hantaran berbeza, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu turut berkongsi sekeping foto sedang mengendong anaknya di atas katil hospital.

Dalam ruangan komen, ramai rakan selebriti antaranya Nabila Huda, Siti Sarah, Alvin Chong, Betty Rahmad dan Farah Fauzana turut meninggalkan ucapan tahniah kepadanya.

Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan anak lelaki, Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI