PETALING JAYA – Projek hartanah terbaharu, Sunway Property iaitu Sunway Belfield telah berjaya menjual sehingga 80 peratus daripada menara pertamanya meskipun pelancaran jualan dibuat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Pengarah Eksekutif Bahagian Pembangunan Hartanah Kawasan Tengah Kumpulan, Chong Sau Min berkata, memandangkan sambutan yang menggalakkan itu, pihaknya akan membuka untuk jualan bagi menara keduanya.
“Minat yang baik ditunjukkan oleh pembeli disebabkan ia berada di lokasi strategik dengan memiliki ciri-ciri hijau serta rekaannya dibuat bersandarkan kepada gaya hidup baharu yang diamalkan masyarakat kini.
“Sunway Belfield adalah projek hartanah yang mendapat pensijilan hijau dan ia direka dengan tawaran nilai pelan induk yang menggabungkan konsep hubungan, gaya hidup sihat, komuniti dan keselamatan.
“Projek ini menawarkan kira-kira 30 kemudahan buat kegunaan residen untuk bersosial serta melakukan pelbagai aktiviti riadah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Projek Sunway Belfield melibatkan kawasan seluas 2.17 hektar dengan nilai pembangunan sebanyak RM1 bilion.
Pembangunan tersebut terdiri daripada tiga menara kediaman dan ia terletak 400 meter dari stesen monorel Maharajalela.