fbpx

Lori angkut rempuh papan tanda jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN lori yang merempuh papan tanda jalan dalam kejadian di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu menghala ke Batu Maung di sini petang tadi.

BALIK PULAU – Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila kenderaan berat yang dipandunya merempuh papan tanda jalan sebelum terjatuh menghempap bahagian atas lori tersebut di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu menghala ke Batu Maung di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang tadi, mangsa berusia 54 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati bahagian pengangkut kenderaan itu tiba-tiba terangkat sendiri semasa melintasi papan tanda besar yang berada di bahagian atas berkenaan

Menurutnya, kemalangan yang berlaku tidak melibatkan kenderaan lain yang melalui laluan berkenaan termasuk tiada pengguna jalan raya lain yang tercedera.

“Pemandu lori berkenaan juga tidak mengalami sebarang kecederaan namun dia dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian saringan air kencing.

“Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala lori terbabit akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk diperiksa,” katanya di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI