fbpx

Haaland, Grealish jadi buruan The Citizens

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND (kanan) dilihat sebagai pengganti sempurna buat Aguero yang bakal meninggalkan kelab itu penghujung musim ini. – AFP

MANCHESTER – Manchester City dilaporkan sedia untuk mengeluarkan dana yang besar bagi mendapatkan dua pemain buruan mereka, Erling Haaland dan Jack Grealish pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Penyerang Borussia Dortmund dan kapten Aston Villa itu dilaporkan berada dalam senarai teratas pengurus City, Pep Guardiola sebagai pemain yang mereka inginkan dalam usaha untuk menambah kekuatan pasukan itu.

Laporan menyebut, City perlu menyediakan dana sebanyak £200 juta (RM1.14 bilion) untuk mendapatkan khidmat dua pemain tersebut ketika mereka kini semakin hampir untuk menjulang gelaran Liga Perdana Ing­geris buat kali ketiga dalam tempoh empat musim.

The Citizens memerlukan khid­mat penyerang baharu apabila mengesahkan bahawa penggempur sensasi mereka, Sergio Aguero akan meninggalkan kelab itu penghujung musim ini selepas 10 tahun menabur bakti.

Haaland menjadi pilihan utama mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Aguero apabila merekodkan prestasi yang cukup baik dengan meledak 39 gol dalam 38 penampilan musim ini bersama kelab dan pasukan kebangsaan Norway.

Sementara itu, spekulasi mengenai Grealish, 25, ke Etihad bertiup kencang sejak beberapa minggu lalu biarpun pemilik Aston Villa mengakui bahawa mereka tidak mempunyai keperluan untuk menjual pemain itu biarpun ditawar harga tinggi.

City memerlukan lebih ramai pemain muda seperti Grealish dan Haaland ekoran pemain sedia ada seperti Riyad Mahrez, Ilkay Gundogan dan Kevin De Bruyne bakal menginjak ke usia 30 tahun musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN