fbpx

Dua individu ditahan ingkar arahan SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai dua individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua individu terbabit dikenakan kompaun.

“Kedua-dua individu tersebut didapati mengingkar SOP dengan melakukan kesalahan rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran.

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 48,495 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Dalam pada itu, katanya, Ops Benteng semalam turut berjaya menahan 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas lima buah kenderaan darat dan dua buah bot. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI