fbpx

Beruang matahari maut dilanggar Mercedes-Benz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor beruang matahari betina maut dirempuh sebuah kereta Mercedes Benz di KM 388.9 LPT2 berhampiran Ajil, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Seekor beruang matahari betina maut selepas dirempuh sebuah kereta Mercedes-Benz dinaiki empat sekeluarga di Kilometer 388.9 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Ajil di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, haiwan liar itu mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sebelum kejadian, seorang lelaki berusia 50 tahun dan isteri serta dua anak mereka yang menaiki kereta Mercedes-Benz dikatakan dalam perjalanan ke arah Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki mereka gagal mengelak lalu merempuh seekor beruang matahari betina yang tiba-tiba melintas laluan berkenaan.

“Rempuhan itu menyebabkan haiwan liar yang dipercayai berasal dari hutan berhampiran tersebut mati serta-merta akibat kecederaan parah,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, empat beranak yang berada di dalam kereta Mercedes-Benz berkenaan terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Beliau berkata, bangkai beruang matahari telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI