fbpx

Bekalan ikan mencukupi sepanjang Ramadan – LKIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BUKIT GANTANG – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hari ini memberikan jaminan bekalan ikan sepanjang bulan Ramadan adalah mencukupi.

Pengerusi LKIM Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata ini kerana bekalan ikan melalui pendaratan ikan tidak terjejas dan pihaknya juga mempunyai bekalan ikan sejuk beku bagi menampung permintaan.

“Kita yakin stok ikan dalam negara mencukupi dan saya bagi jaminan kepada rakyat tidak akan berlaku kekurangan bekalan ikan.”

“Setakat ini tidak ada laporan mengenai kekurangan bekalan ikan dan juga tidak berlaku kenaikan harga ikan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis sumbangan Ihya Ramadan dan Imarah Masjid dan Surau di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang di sini hari ini.

Syed Abu Hussin yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata walaupun berlaku kekurangan 20 peratus bekalan ikan pada bulan Feb lalu, tetapi kekurangan itu telah kita tampung dengan import dan ternakan akuakultur.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI