fbpx

Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi di Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA

KUANTAN – Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) membenarkan 30 tapak bazar Ramadan di daerah ini kembali beroperasi pada tahun ini sempena Ramadan tidak lagi.

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin, berkata sebanyak 1,000 petak jualan disediakan kepada peniaga menjalankan perniagaan mereka sepanjang Ramadan tahun ini.

“Namun mereka diingatkan supaya mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak penularan wabak pandemic Covid-19 dan kluster baharu membabitkan bazar Ramadan.

“Jika ada peniaga yang ingkar, kita tidak teragak-agak menarik lesen dan tidak lagi membenarkan mereka berniaga,” katanya selepas Program Prihatin MBK bersama Komuniti Projek Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra, di sini hari ini.

Menurut Hamdan selain pematuhan SOP berkaitan penjarakan fizikal, pemeriksaan suhu dan pemakaian pelitup muka, tahap kebersihan penyediaan dan hidangan makanan serta minuman turut diberi penekanan utama.

“Kita mahu peniaga mengamalkan kebersihan untuk memastikan makanan atau minuman yang dijual kepada orang ramai bersih dan selamat,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI