fbpx

1,178 kes baharu, Sarawak tertinggi kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 1,178 kes dilaporkan hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,178 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 346,678 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Sarawak merekodkan kes tertinggi sebanyak 238 kes, diikuti oleh Selangor (237 kes), Pulau Pinang (190 kes), Johor (165 kes) dan Kuala Lumpur (101 kes).

“Seterusnya, Sabah (86 kes), Negeri Sembilan (34 kes), Kedah (32 kes), Perak (31 kes), Kelantan (27 kes) dan Pahang (14 kes).

“Negeri lain ialah Melaka (sembilan kes), Labuan (tujuh kes), Terengganu (enam kes) dan Putrajaya (satu kes),” katanya dalam ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Ujarnya lagi, negeri Perlis pula tidak merekodkan kes baharu Covid-19 hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI