fbpx

Tiga kawasan di Tawau dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tiga kawasan iaitu Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Balung, Fasa 2 Taman Semarak dan Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung, Tawau, Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu dilakukan selepas terdapat peningkatan kes secara mendadak di ketiga-tiga lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

Katanya, sehingga semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 59 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak lapan kes positif telah direkodkan di Kampung Ranggu Batu 10.

“Sebanyak 16 ujian saringan telah dilaksanakan di Fasa 2 Taman Semarak dan daripada jumlah itu sejumlah enam kes positif Covid-19 telah dilaporkan serta baki sembilan sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

“KKM turut melaksanakan sebanyak 89 ujian saringan di Kampung Baru Pasir Putih dan daripada jumlah itu lapan kes positif Covid-19 telah direkodkan serta terdapat 75 lagi sampel saringan menunggu keputusan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di tiga lokaliti itu bermula esok sehingga 14 April depan.

Jelasnya, pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI