fbpx

Sunwoo bebas tuduhan buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNWOO

JARANG terjadi, namun nasib nampaknya menyebelahi Sunwoo apabila dia yang sebelum ini terkait skandal buli akhirnya bebas daripada semua pertuduhan tersebut.

Semuanya terjadi selepas individu yang mendakwa menjadi mangsa Sunwoo tampil dengan pendedahan terbaharu bahawa segala pertuduhan yang dibuat ke atas penyanyi itu adalah palsu semata-mata.

Individu berkenaan mendakwa penyanyi kumpulan The Boyz itu pernah terlibat dalam pergaduhan di sekolah, namun disangkal sekeras-kerasnya oleh Sunwoo.

Menyambut baik tindakan tersebut, agensi Cre.ker Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu bahawa mereka akan bertoleransi berhubung kes berkenaan.

“Bagaimanapun, kami tetap akan melakukan yang terbaik untuk melindungi artis naungan daripada sebarang fitnah dan khabar angin tidak betul termasuklah mengambil tindakan undang-undang.

“Setakat ini, kami akan mengumpul bukti daripada hasil tinjauan sendiri dan maklumat daripada peminat untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI