fbpx

Spesifikasi diesel Euro 5 dilaksanakan bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kandungan sulfur dalam Euro 5 adalah 10 part permillion (ppm) berbanding Euro 2M yang mempunyai kandungan sulfur sebanyak 500 ppm. -Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan menetapkan pelaksanaan spesifikasi minyak diesel Euro 5 bagi menggantikan minyak diesel Euro 2M akan bermula esok.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tarikh asal bagi pelaksanaan minyak diesel berspesifikasi Euro 5 sepatutnya pada 1 September tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, atas keprihatinan kerajaan, Jemaah Menteri pada 10 Jun tahun lalu bersetuju menangguhkan pelaksanaannya pada 1 April ini susulan kekangan di pihak industri dan pandemik Covid-19.

“Justeru, semua syarikat pengeluar, pembekal dan stesen minyak dikehendaki mematuhi pelaksanaan ini selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Petrol Dan Diesel) 2007 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Petrol Dan Diesel) (Pindaan) 2021.

“Pelaksanaan spesifikasi minyak diesel Euro 5 adalah salah satu usaha kerajaan mempertingkatkan status kualiti udara sepertimana yang digariskan dalam Pelan Tindakan Udara Bersih 2010 (Clean Air Action Plan),” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, kualiti minyak adalah penting untuk sistem enjin dan pelepasan daripada ekzos.

Tuan Ibrahim berkata, enjin berteknologi baharu yang mematuhi standard pelepasan Euro 4 ke atas memerlukan minyak yang lebih bersih untuk beroperasi secara optimum dan cekap dalam mengawal pelepasan asap serta gas pencemar daripada ekzos.

Menurutnya, pelaksanaan spesifikasi minyak diesel Euro 5 di seluruh negara akan dapat mempertingkatkan status kualiti udara kerana Euro 5 adalah diesel dengan kualiti yang lebih bersih dan kandungan sulfur yang lebih rendah.

“Kandungan sulfur dalam Euro 5 adalah 10 part permillion (ppm) berbanding Euro 2M yang mempunyai kandungan sulfur sebanyak 500 ppm,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI