fbpx

Shim Eun-woo mengaku buli rakan sekelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIM EUN-WOO

SUSUAN kontroversi yang mengaitkan namanya dengan isu buli, pelakon drama The World of The Married, si cantik Shim Eun-woo tampil dengan satu permohonan maaf.

Bulan lalu, seorang individu yang mengaku rakan kelas pelakon itu mendakwa dia tidak dibuli secara fizikal sebaliknya dipulaukan Eun-woo sehingga membuatkannya mengalami penderaan mental.

Biarpun pada awalnya menafikan tuduhan tersebut, namun Eun-woo dalam satu kenyataan baru-baru ini mengaku bersalah atas segala tindakan tidak baik yang pernah dilakukannya suatu ketika dahulu.

“Selepas dua kali melakukan pertemuan dengan dia, barulah saya sedar pernah berkelakuan tidak matang sehinggakan melukakan hatinya.

“Saya minta maaf kerana telah membuatkan orang lain terluka untuk jangka masa yang cukup lama. Biarpun agak lambat, tetapi saya harap permohonan maaf ini diterima,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon itu berjanji untuk menjalani kehidupan akan datang sebagai seorang yang jauh lebih baik.

“Saya berjanji tidak akan menyakiti orang lain selepas ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI