fbpx

Rumah rakit Tasik Kenyir akan diselaras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu rumah rakit yang terdapat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

HULU TERENGGANU – Insiden lemas melibatkan seorang pelancong yang menginap di sebuah rumah rakit di Tasik Kenyir dekat sini, Sabtu lalu membuka mata Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) untuk menyelaras premis peranginan tersebut.

Pengerusi Ketengah, Datuk Razali Idris berkata, sebelum ini, lesen pembinaan rumah rakit yang tumbuh bagai cendawan di Tasik Kenyir berada di bawah bidang kuasa Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Terengganu (PTDHL).

“Ia menyukarkan pemantauan termasuk kemasukan pengunjung ke rumah-rumah rakit tersebut oleh Ketengah yang merupakan agensi pentadbiran pelancongan Tasik Kenyir.

“Sehubungan itu, kita akan melakukan perbincangan dengan PTDHL bagi menyelaras semula pembangunan rumah rakit di tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurutnya, perbincangan yang akan dilakukan dalam masa terdekat itu juga akan memperincikan langkah-langkah untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan di rumah rakit demi kebajikan pengunjung.

Kosmo! Ahad lalu melaporkan Ami Azzizol yang sedang bercuti bulan madu bersama isterinya, Syarifah Ramli, 19, di sebuah rumah rakit lemas ketika sedang mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir.

Mayat mangsa yang tidak memakai jaket keselamatan sewaktu kejadian ditemui terapung di permukaan tasik kira-kira 1.5 kilometer dari rumah rakit disewanya pada semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI