fbpx

Penyewa kediaman kaut untung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lambakan penawaran kediaman untuk di­sewa sepanjang tahun lalu dilihat telah menguntungkan penyewa, menurut laman hartanah, iPro­perty.com.my.

Laporan Analisis Permintaan Portal 2020- Pasaran Kediaman yang dikeluarkan oleh laman ber­kenaan, mendapati permintaan untuk sewaan kediaman di negara ini merosot sepanjang tahun lalu pada kadar 12.6 peratus berbanding 2019.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Pengurus Besar iPro­perty.com Malaysia Sdn. Bhd., Shylendra Nathan berkata, meskipun kunjungan masyarakat ke laman sesawang iProperty.com.my untuk mencari kediaman untuk disewa telah bertambah tetapi terdapat juga peningkatan dalam penawaran hartanah untuk disewa.

Menurutnya, jumlah penawaran hartanah telah mengatasi pencarian dan ini menyebabkan permintaan sewaan menurun.

“Permintaan sewaan bagi kediaman jenis rumah teres merosot 13 peratus tahun ke tahun dan situasi sama turut dialami kediaman jenis kondominium (-12.6 peratus), apartmen (-18.6 peratus) dan apartmen perkhidmatan (-8.1 peratus).

“Situasi tersebut telah mempengaruhi kadar sewa rumah yang menyaksikan harga sewa median bagi kondominium merosot kepada RM1,800 berbanding RM1,900 pada separuh pertama 2020 manakala sewa median apartmen perkhidmatan menurun kepada RM1,600 berban­ding RM1,700 separuh pertama 2020,” katanya dalam laporan ber­kenaan.

Shylendra menerangkan, permintaan kediaman sewa di kebanyakan pasaran utama merosot, dengan permintaan sewaan kediaman di Kuala Lumpur turun 7.7 peratus disebabkan kehila­ngan peluang pekerjaan akibat pandemik.

“Di Selangor, meskipun permintaan menurun, harga sewa masih bertahan, ketika lebih perhatian diberikan untuk kediaman yang lebih luas, sesuai dengan trend bekerja dari rumah yang tidak memerlukan pekerja tinggal dekat dengan tempat kerja mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI