fbpx

Pasangan kekasih buang bayi baru lahir ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui mati dalam semak, kelmarin.

MELAKA – Sepasang kekasih berusia 18 tahun ditangkap selepas dipercayai telah membuang bayi lelaki mereka yang baru dilahirkan di dalam semak sehingga menyebabkannya meninggal dunia, dalam kejadian kelmarin.

Suspek lelaki telah ditangkap kira-kira pukul 11 malam pada hari sama di pekarangan Hospital Melaka, manakala kekasihnya ditahan hari ini selepas mendapatkan rawatan di hospital itu akibat pendarahan susulan melahirkan bayi berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, hasil soal siasat mendapati suspek wanita mendakwa telah melahirkan bayi tersebut kira-kira 12 tengah malam pada 29 Mac lalu di rumah teman lelakinya di Taman Telok Emas, di sini.

“Suspek wanita telah melahirkan seorang bayi lelaki yang ketika itu masih hidup dan kelahiran itu telah disambut oleh teman lelakinya.

“Suspek lelaki kemudian meletakkan bayi mereka di dalam kotak dan dibungkus dengan plastik hitam sebelum bertindak membuangnya di kawasan semak berhampiran kilang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek lelaki terbabit bagaimanapun mendakwa dia kemudian telah mengambil semula bayi mereka dan membawanya ke hospital, namun disahkan telah meninggal dunia oleh pihak perubatan.

“Pihak polis telah menerima aduan daripada hospital mengenai kejadian di mana suspek lelaki telah membawa bayi tersebut kira-kira pukul 10.27 malam dalam keadaan tiada tanda-tanda masih hidup.

“Bertindak atas aduan tersebut, polis telah membuat tangkapan ke atas kedua-dua suspek berkenaan,” katanya.

Tambahnya, pasangan itu juga mengakui telah melakukan hubungan seks sejak awal Januari lalu sehingga menyebabkan suspek wanita hamil.

Katanya, suspek lelaki kini direman sehingga 2 April dan kedua-dua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI