fbpx

Jualan DesaMall@KPLB catat RM1.94 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Program DesaMall@KPLB yang melibatkan penyertaan seramai 2,000 usahawan dengan menjual produk secara online telah berjaya menjana hasil sebanyak RM1.94 juta.

Program tersebut telah bermula sejak bulan Oktober 2017 dan berakhir pada bulan lalu.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, pelbagai usaha perlu dipertingkatkan dalam merancakkan jualan produk bagi program berkenaan pada masa depan.

“Melihat kepada trend semasa, rakyat Malaysia lebih suka membeli barang secara online berbanding secara runcit.

“Oleh itu, kita akan cuba menarik lebih ramai usahawan desa untuk menyertai program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Gudang DesaMall@KPLB dan DesaMall@OnTheGo di Bukit Jelutong di sini semalam.

Menurut Abd. Latiff, pembukaan Gudang DesaMall@KPLB melibatkan seramai 24,063 stok barang merangkumi 2,233 produk disimpan di dalam gudang berkenaan.

Jelas beliau, gudang itu mampu menyimpan sehingga 150,000 stok produk daripada semua usahawan program DesaMall@KPLB.

“Pengurusan gudang ini menggunakan sistem StoreHub bagi memastikan proses kemas kini dan permohonan stok yang berkurangan dapat dilakukan dengan segera sebelum stok tersebut diagihkan di outlet DesaMall@KPLB.

“Kita turut bekerjasama dengan syarikat eLokal Sdn. Bhd. untuk menyewa sebuah lori satu tan yang akan digunakan bagi mempromosikan program dilaksanakan di bawah DesaMall@KPLB,” tambah beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI