fbpx

Himpunan Tuntut Undi 18 : 8 individu dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan NGO menyertai Himpunan Tuntut Undi 18 di hadapan bangunan Parlimen, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Polis telah memanggil lapan individu berhubung perhimpunan membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan undi 18 tahun di Jalan Parlimen di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, lapan individu tersebut dipanggil untuk direkodkan keterangan semalam.

“Kita juga akan memanggil beberapa individu lain yang dipercayai terlibat dalam perhimpunan tersebut untuk membantu siasatan.

“Pada masa sama, kita sedang menunggu siasatan lengkap sama ada akan mengenakan tindakan kompaun ke atas mereka yang terlibat dalam himpunan terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Antara yang dipanggil adalah Aktivis Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amir Abdul Hadi, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sharan Raj, Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis PSM, Arveent Kathirtchelvan, Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin, Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura serta Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada golongan mahasiswa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan Himpunan Tuntut Undi 18 di hadapan bangunan Parlimen.

Himpunan secara aman itu diadakan bagi meluahkan rasa kesal terhadap pengumuman SPR bahawa kelayakan mengundi 18 tahun (Undi 18) dan pendaftaran pemilih secara automatik tidak dapat dilaksanakan Julai ini, sebaliknya dijangka selepas 1 September tahun depan.

Dalam perhimpunan berkenaan sekumpulan pemuda dari Pakatan Harapan dan NGO hadir di Padang Merbok dan berarak menuju ke Jalan Parlimen. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI