PETALING JAYA – Pelakon Dayana Roza berkongsi khabar gembira apabila disahkan hamil anak pertama.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Bahari, 30, turut berkongsi foto imbasan ultrasound kandungannya.
“Hi pertama kamu kepada mommy dan daddy. Saya tidak sabar lagi untuk menjadi yang pertama dalam segalanya sayangku.
“Doakan semuanya dipermudahkan,” tulisnya.
Dalam hantaran tersebut, pelakon yang pernah membintangi drama Cinta Bukan Kristal turut menulis tanda pagar #AdaleDayanaJunior dan #SeptemberBaby.
Berdasarkan tanpa pagar tersebut, difahamkan Dayana kini sedang hamil tiga bulan.
Perkongsian berita tentang kehamilannya turut mendapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti antaranya Miera Liyana, Adeline Tsen, Datin Aelgvina Mohamad dan Shiela Rusly.
“Gembira untuk awak!”, tulis pelakon dan juga produser terkenal, Shiela Rusly.
Untuk rekod, Dayana dan suaminya, A’dale Adham Ayahudin, 34, selamat disatukan sebagai suami isteri pada 20 Disember 2020 di Masjid Negara, Kuala Lumpur. K! ONLINE