fbpx

Dari jurutera ke premis cuci kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

REMBAU – Kesulitan hidup selepas diserang strok selain anak tunggal meninggal dunia dalam kemalangan sedikitpun tidak menjejaskan semangat seorang bekas jurutera untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Sebaliknya, D. Steven, 57, yang kini dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) kategori fizikal tekad mencari rezeki de­ngan menawarkan khidmat membasuh kereta di bawah Pusat Ja­gaan

Bengkel Mini Desa Rembau, di Kampung Batu Hampar sejak dua tahun lalu.

Bekas jurutera elektrik sebuah kilang itu meneruskan perkhidmatan berkenaan bersama dua rakan yang juga OKU, Syed Mohd Khairul Syed Idrus, 28, dan Ariffin Jantan, 41.

Menurut Steven, selepas dia diserang strok, dia mengalami masalah untuk bergerak dan daya ingatannya juga menjadi terhad apabila tidak mampu terlalu banyak berfikir mengenai hal kerja

“Bila berfikir terlalu banyak, kepala saya jadi sakit. Saya tidak boleh lagi bekerja. Tak lama lepas tu, satu-satunya anak lelaki tunggal saya Emmanuel yang ketika itu berusia 22 tahun me­ninggal dunia dalam kemalangan ketika mahu pulang dari tempat belajarnya di Shah Alam ke Rembau.

“Saya jadi murung dan jika duduk lama di rumah, saya akan mula terfikirkan anak. Jadi, saya bernaung di bawah bengkel ini dan mula mengisi masa dengan aktiviti berfaedah termasuk menawarkan khidmat membasuh pelbagai jenis kenderaan sejak dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Bengkel Mini Desa Rembau, di Kampung Batu Hampar, di sini semalam.

Steven berkata, walaupun pekerjaan berkenaan jauh berbeza dengan pekerjaannya dahulu baik dari segi skop kerja dan juga tangga gaji, dia tetap gembira kerana sokongan rakan-rakan di pusat jagaan dan pentadbiran di organisasi berkenaan.

“Fikiran saya juga lebih fokus untuk sama-sama menyumbang khidmat di bengkel ini dengan ditugaskan membasuh bahagian luar dan dalam kereta selain menjadi ketua kerja bagi kesemua OKU di sini.

Sementara itu, Pengurus Ja­gaan Bengkel Mini Desa Rembau, Zainudin Bujang, 73, berkata, sejak menawarkan khidmat membasuh kenderaan dua tahun lalu, paling banyak kenderaan yang dibasuh ialah sekitar empat buah kenderaan sahaja terdiri daripada ahli jawatankuasa dan juga kenalan terdekat.

Malah menurutnya, kebanyak­kan yang hadir lebih banyak berniat untuk bersedekah dan membolehkan OKU yang terdiri daripada masalah fizikal dan lembam ini berdikari serta mendapat duit lebih dari komisien membasuh kenderaan.

“Khidmat ini ditawarkan seawal pukul 8 pagi hinggalah ke 5 petang. Setiap kali kenderaan dibasuh, saya akan memantau kerja-kerja berkenaan terutamanya di peringkat akhir sebelum kenderaan diberikan kepada pelanggan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI