fbpx

Buang anjing peliharaan, Hee-joon dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG HEE-JOON

SELEPAS hangat menjadi kecaman netizen gara-gara didakwa membuang anjing peliharaannya, pelakon Song Hee-joon tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Baru-baru ini, sebuah pusat pelindungan haiwan peliharaan berkongsi hantaran berkenaan seekor anjing bernama Monet yang kononnya dibuang keluarga angkatnya selepas hanya setahun dibela.

Sejurus perkongsian tersebut tular, nama pelakon drama The School Nurse Files itu disebut-sebut memandangkan anjing peliharaannya juga bernama Monet.

Apa yang membuatkan netizen kesal, keadaan anjing berkenaan dikatakan dalam seperti tidak terurus selain mengalami kecederaan pada kulit.

Menjelaskan keadaan, Hee-joon berkata, Monet dijaga oleh ibu bapanya semasa dia mengambil sedikit masa untuk mencari rumah baharu.

“Tetapi baru-baru ini kesihatan ayah saya yang mempunyai kanser semakin teruk. Disebabkan itu saya minta tolong seorang rakan untuk menjaga Monet.

“Selepas memberitahu pusat tersebut bahawa ada orang lain sudi menjaga Monet, mereka tidak membenarkan dan kembali menjaga Monet.

“Saya minta maaf kerana tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik terhadap Monet,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI