SELEPAS tujuh tahun hidup bergelar pasangan suami isteri, bekas vokalis Samsons, Bams mendedahkan kini dalam proses perceraian dengan isterinya, Mikhavita Wijaya.
Menerusi temu bual dalam saluran YouTube, KH Infotainment, Bams berkata keputusan untuk bercerai dibuat selepas kedua-dua sudah tidak mempunyai persefahaman.
“Memang saya dan isteri dalam proses bercerai.
Hubungan kami baik-baik saja, tetapi sejak setahun ini rasanya sudah tidak lagi serasi.
“Jadi kami putuskan untuk berpisah selepas tidak lagi tinggal sebumbung sejak Januari lalu,” katanya.
Bams atau nama sebenarnya Bambang Reguna turut memohon doa supaya urusannya dipermudahkan.
Industri seni Indonesia kali ini heboh tentang keretakan rumah tangga Bams dan Mikhavita selepas wanita itu didakwa curang bersama bapa tiri Bams iaitu Hotma Sitompul.