fbpx

Aplikasi GO by Bank Islam berjaya tarik generasi muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

APLIKASI perbankan mudah alih kian menjadi tumpuan de­ngan pengguna celik tekno­logi menginginkan perkhidmatan kewangan yang boleh diakses pada bila-bila masa tanpa me­ngira waktu dan lokasi.

Pengguna, khususnya gene­rasi muda mahu urusan perbankan mereka menerusi aplikasi seperti memeriksa baki akaun, kemudahan membuat pembayaran dalam talian atau menambah nilai prabayar peranti dapat dilaksanakan de­ngan mudah dan selamat.

Tambahan pula, lebih ramai pihak lebih selesa menjalankan transaksi perbankan mereka secara dalam talian ekoran pelaksanaan langkah-langkah pencegahan penularan Co­vid-19 oleh pihak berkuasa yang turut merangkumi kawalan pergerakan umum.

Aplikasi perbankan GO by Bank Islam bermatlamat untuk memenuhi segenap keperluan perbankan pengguna hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, nama GO by Bank Islam dipilih kerana aplikasi berkenaan bersifat tangkas untuk menyempurnakan urusan perbankan pelanggan.

Menurutnya, sejak diper­kenalkan pada tahun 2019, GO by Bank Islam mendapat sam­butan baik dengan pendaf­taran sehingga kini mencecah kepada 750,000 orang.

“Sebanyak 70 peratus daripadanya merupakan pengguna aktif.

“Pengguna GO by Bank Islam secara ­umumnya adalah golo­ngan muda yang berusia bawah 30 tahun. Mereka mewakili 60 peratus daripada jumlah ke­seluruhan pengguna yang mendaftar di bawah aplikasi ini.

“Jumlah ini selari dengan segmen sasaran kami, iaitu ge­nerasi baharu yang lebih mahir dalam teknologi serta menjadi pengguna pertama bagi setiap teknologi terkini yang diper­kenalkan di pasaran,” katanya.

Patuh Syariah

Meskipun kehadirannya sedikit lewat, GO by Bank Islam begitu agresif dalam mewujudkan kerjasama dengan rakan kongsi untuk memperkenalkan kemudahan terkini agar dapat mampu menyaingi penawaran daripada bank-bank lain.

Bermula dengan ciri-ciri asas seperti pindahan dana dan pembayaran bil, kemudahan GO by Bank Islam telah ditambah baik untuk turut menyokong urusan dengan Lembaga Tabung Haji (TH); kemudahan DuitNow; JomPay dan platform pendanaan awam Sadaqa House, yang membo­lehkan pengguna menyumbang kepada golongan kurang bernasib baik menerusi Rakan Pelaksana yang dilantik Bank Islam.

Menurut Mohd. Muazzam, keunikan GO by Bank Islam berbanding penawaran per­khidmatan patuh Syariah secara digital yang selari dengan keperluan semasa pelanggan.

“Sebagai sebuah institusi kewangan Islam, segala penawaran produk dan perkhid­matan Bank Islam adalah berdasarkan prinsip Syariah dan ini termasuk penawaran perkhid­matan GO by Bank Islam.

“Sehubungan itu, kami giat berusaha untuk meningkatkan lagi ciri-ciri dan mutu per­khidmatan yang tersedia dalam aplikasi ini agar dapat memperkukuhkan pengalaman pengguna,” ujar Mohd. Muazzam.

Tambah beliau, GO by Bank Islam juga dijangka menjadi ­penyumbang kepada pertumbuhan Bank Islam dengan tidak hanya menyediakan khidmat kepada kumpulan pelanggan sedia ada tetapi juga memainkan peranan untuk memperoleh pelanggan baharu melalui pengenalan solusi eKYC (Electric Know Your Customer) dan sebagainya.

Ciri-ciri baharu

Dalam tempoh 24 bulan akan datang, aplikasi GO by Bank Islam bakal memperkenalkan beberapa ciri baharu dan antara yang mencuri perhatian ialah servis pembayaran menggunakan kod QR; pindahan dana keluar negara dalam talian serta membuat permohonan kad dan pembiayaan.

Mohd. Muazzam berkata, sekurang-kurangnya tiga pelancaran utama melibatkan aplikasi perbankan tersebut akan dilaksanakan tahun ini, dengan aktiviti komunikasi dan pemasaran dijangka bermula Jun depan.

“Pada masa ini, 25 peratus daripada pemegang kad Bank Islam telah memuat turun GO by Bank Islam dan kami me­nyasarkan jumlah itu akan meningkat kepada 40 peratus menjelang hujung tahun ini.

“Situasi pandemik Covid-19 te­lah memacu pertumbuhan aplikasi GO by Bank Islam, dengan bilangan pengguna aktif dan jumlah transaksi telah meningkat sebanyak dua kali ganda,” maklumnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI