fbpx

Aguero sah tinggalkan Man. City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGUERO bakal menamatkan khidmatnya bersama City penghujung musim ini selepas kontraknya berakhir. – AFP

MANCHESTER – Manchester City mengesahkan bahawa penyerangnya, Sergio Aguero bakal meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini.

Pemain antarabangsa Argentina itu bakal mengakhiri kontraknya di Etihad pada musim panas nanti dan City mengumumkan bahawa tidak ada sebarang kontrak baharu diberikan kepada Aguero.

Aguero yang menyertai City daripada Atletico Madrid pada 2011 menarik minat beberapa pasukan gergasi seperti Barcelona dan Paris Saint-Germain ketika ini.

Pemain berusia 32 tahun itu berminat untuk kekal di City tetapi hanya beraksi dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara musim apabila diselubungi masalah kecederaan.

Aguero berdepan masalah kecederaan lutut pada Jun tahun lalu menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan dan terlepas perlawanan hingga Oktober sebelum mengalami masalah hamstring memaksanya berehat hingga 10 perlawanan lagi.

Sepanjang beraksi bersama City, Aguero berjaya meledak 257 gol dalam 384 penampilan untuk muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman memintas pencapaian Eric Brook.

Aguero juga merupakan penjaring terbanyak dalam kategori pemain dari luar England dan keempat keseluruhan dalam saingan EPL dan berjaya menjulang 10 trofi bersama The Citizens. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI