PUTRAJAYA – Kes harian terus meningkat hari ini kepada 1,482 menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 345,500 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa sama sebanyak 1,070 kes sembuh dilaporkan menjadikan keseluruhan kes sembuh sebanyak 329,624.
“Sebanyak tujuh kematian dicatatkan menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 1,267,” katanya di Twitter rasmi beliau.
Katanya, sebanyak 164 kes menerima rawatan di unit rawatan rapi dengan 81 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. -K! ONLINE