fbpx

Verstappen janji kembali bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN memberikan cabaran sengit dalam perebutan juara di GP Bahrain kelmarin sehingga memaksa Hamilton bekerja keras. – AFP

MANAMA – Pelumba sensasi Red Bull, Max Verstappen me­ngakui tidak kesal apabila tewas pada pusingan terakhir selepas membenarkan pesaing utama, Lewis Hamilton memintas jenteranya sekali gus menjuarai Grand Prix (GP) Bahrain pada perlumbaan pembukaan Formula Satu (F1) awal pagi semalam.

Kata Vertsappen, keputusan untuk mengibarkan bendera putih pada pusingan terakhir adalah tepat memandangkan kondisi tayar jentera milik­nya sudah tidak mampu untuk mengekalkan kepantasan yang boleh mencabar jentera Mercedes milik Hamilton.

“Selepas berlumba dengan cukup sengit pada awal saingan, saya akui di penghujung perlumbaan jentera kami sudah tidak mampu lagi bersaing dengan Hamilton dan saya mengakui terpaksa membiarkannya me­mintas pada pusingan terakhir.

“Secara keseluruhan, saya anggap nasib tidak menyebelahi saya untuk menang pada GP Bahrain kali ini dan saya terima kekalahan ini dengan hati terbuka. Kini, saya harap kami dapat bangkit semula pada GP Emilia Rogmana bulan depan,” katanya.

Sementara itu, ketua prinsipal Red Bull, Christian Horner turut senada dengan anak buahnya selain optimis masa untuk pasukannya menyerlah akan tiba selepas menunjukkan potensi yang cukup baik pada GP Bahrain kali ini.

“Kita dapat lihat Hamilton berjaya mengekalkan pemanduan yang konsisten pada penghujung perlumbaan dan ketika itu jentera Verstappen sudah tidak lagi mampu mengekalkan prestasi seperti yang diharapkan.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan komitmen penuh yang diberikan oleh Verstappen dan percaya banyak perkara positif yang boleh pasukan ambil sebagai pemangkin semangat untuk dibawa ke perlumbaan seterusnya kerana kami tidak akan mengalah,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI