fbpx

Ular tedung berteduh dalam enjin kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menangkap ular tedung hitam yang berselindung di dalam enjin kereta Perodua Viva dalam kejadian di Jalan Niaga, Kota Tinggi, Johor semalam.

KOTA TINGGI – Seorang mekanik terkejut apabila menjumpai ular tedung hitam sepanjang 1.5 meter berlingkar dibahagian enjin sebuah Perodua Viva yang hendak dibaiki dalam kejadian di Jalan Niaga di sini semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Tinggi, Mohd. Sarul Nizam Khirudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 5.34 petang.

“Sewaktu tiba di lokasi iaitu bengkel kereta didapati terdapat seekor ular tedung hitam sedang berlingkar dibahagian enjin kereta.

“Pemilik kereta berusia 42 tahun memberitahu dia dari Kampung Gembut membawa kenderaan tersebut ke bengkel itu untuk dibaiki.

“Bagaimanapun apabila mekanik membuka bahagian hadapan bonet kereta didapati terdapat ular di situ,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihak APM kemudian berjaya menangkap ular seberat satu kilogram itu dalam masa yang singkat sebelum dilepaskan ke habitat asal.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI