fbpx

Ramai berminat melabur di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir meninjau suasana di Pantai Chenang hari ini. Foto SHAHIR NOORDIN

LANGKAWI – Banyak pihak masih berminat dan optimistik untuk membuat pelaburan di pulau peranginan ini meskipun aktiviti pelancongan masih suram akibat penularan wabak Covid-19 sejak Mac tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, pelaburan baharu tersebut melibatkan pembangunan hotel serta pusat beli-belah termasuk ‘factory outlet’.

“Banyak orang yang berminat nak melabur di Langkawi walaupun pada waktu ini tidak ada pelancong.

“Ini kerana mereka ada harapan yang besar pada masa hadapan ,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pantai Chenang di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai situasi pelancongan di pulau legenda ini yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Justeru, Mahathir berharap pihak yang bertanggungjawab untuk meluluskan pelaburan tersebut agar dapat mempertimbangkan permohonan itu dengan cepat.

“Ia bagi membolehkan Langkawi bersedia untuk menerima pelancong baharu terutama ketika negara membenarkan pelancong dari negara tertentu masuk ke pulau peranginan ini menerusi gelembung pelancongan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI