fbpx

PGA rampas kura-kura albino, ikan emas, ikan laga seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kura-kura albino yang dirampas PGA dalam serbuan di pangkalan haram Hassan Merah, Rantau Panjang semalam. -FOTO Ihsan PGA Batalion 9

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 merampas kura-kura albino, ikan emas dan ikan laga dianggarkan bernilai RM73,200 yang diseludup ke negara ini di pangkalan haram Hassan Merah di sini semalam.

Rampasan pada pukul 3 pagi itu dilakukan selepas PGA menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Nissan Latio yang diparkir dalam keadaan mencurigakan berhampiran pangkalan haram itu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, berdasarkan siasatan awal, kereta itu ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci dengan terdapat guni berwarna putih yang berada di tempat duduk belakang dan bonet.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap guni-guni itu membawa kepada penemuan kura-kura albino sebanyak 20 ekor, ikan emas (350 ekor) dan ikan laga (545 ekor).

“Pegawai dan anggota PGA yang bertugas ketika itu telah berusaha menjejaki suspek, namun gagal kerana dipercayai sudah melarikan diri.

“Siasatan awal mendapati, kesemua haiwan itu dipercayai diseludup dari negara jiran menggunakan pangkalan haram tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Azizan memberitahu, barangan rampasan itu akan diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Rantau Panjang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Maqis 2011.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI