fbpx

Nike nafi keluarkan ‘Kasut Syaitan’, fail saman terhadap MSCHF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rekaan Satan Shoes tiada kaitan dengan Nike. – MSCHF/BBC News

NEW YORK – Nike memfailkan tuntutan saman ke atas syarikat MSCHF kerana mengeluarkan rekaan kasut kontroversi, Satan Shoes yang didakwa melanggar cap dagangan, lapor agensi berita BBC News hari ini.

Jenama kasut sukan antarabangsa itu dalam tuntutan samannya di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Timur New York berkata, pelancaran kasut tersebut tidak pernah mendapat kelulusan atau keizinan daripada pihaknya.

“Rekaan Satan Shoes akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna serta mewujudkan persepsi yang salah, yang kononnya Nike dan produk MSCHF adalah berkaitan.

“Malahan, setelah dilancarkan, sudah pun terdapat kekeliruan apabila ada pengguna yang ingin memboikot Nike kerana meluluskan dan memberi keizinan untuk mengeluarkan rekaan tersebut,” kata jenama gergasi itu dalam tuntutan samannya.

Susulan itu, Nike menuntut pihak mahkamah untuk menghentikan MSCHF daripada menjual kasut tersebut serta menghalang syarikat itu daripada menggunakan tanda rekaan popularnya, Swoosh.

Dihasilkan menggunakan rekaan Nike Air Max 97, kasut yang berwarna hitam merah itu menambah dakwat merah yang menggunakan darah manusia di bahagian tengahnya.

Rekaan kasut Satan Shoes dilancarkan semalam dengan kolaborasi penyanyi rap, Lil Nas X yang turut melancarkan lagu Montero (Call Me By Your Name).

Sebanyak 666 pasang kasut telah dikeluarkan dan kesemuanya habis terjual dalam masa kurang dari seminit. – Agensi

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN