fbpx

MBSA tawar hadiah fotografi RM35,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster pertandingan Fotografi anjuran MBSA

SHAH ALAM – Peminat seni fotografi berpeluang memenangi hadiah keseluruhan RM35,000 ditawarkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi pertandingan fotografi Shah Alam 2021 bertemakan ‘Kami Sayang Shah Alam’.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad, pertandingan bermula 20 Mac sehingga 2021 itu menggalakkan masyarakat untuk menghargai serta mencintai bandaraya Shah Alam melalui lensa fotografi.

Katanya, para peserta boleh mengambil foto di tempat-tempat menarik sekitar Shah Alam seperti lokasi pelancongan, bangunan, monumen, tasik, taman atau landskap selain di bawah pentadbiran MBSA.

“Satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Budaya Norma Baharu selaras dalam memerangi pandemik Covid-19.

“Setiap fotografi akan dinilai berdasarkan beberapa aspek termasuk tema, komposisi, keaslian, kreativiti, dan aplikasi teknik fotografi yang terbaik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, pertandingan fotografi terbabit terbahagi kepada lima kategori iaitu kategori Bangunan atau Mercu Tanda, Alam Semulajadi, Gaya Hidup, Aset-Aset Majlis dan Budaya Norma Baharu.

“Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada warga Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

“Tempat pertama bagi setiap kategori akan membawa pulang wang tunai RM3,000, tempat kedua (RM2,000) , ketiga (RM1,000) dan hadiah sagu hati RM200 kepada lima orang pemenang,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI