fbpx

Masalah teknikal jentera kecewakan Hafizh Syahrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH gagal menamatkan perlumbaan pada GP Qatar kelmarin selepas jenteranya berdepan masalah. – FB OFFICIAL FAN CLUB HAFIZH SYAHRIN 55

AKSI serba tidak menjadi buat pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah apabila gagal menamatkan perlumbaan pada Grand Prix (GP) Qatar di Litar Antarabangsa Losail kelmarin.

Hafizh yang beraksi bersama RW Racing GP bagi saingan musim ini berdepan masalah teknikal pada jenteranya sehingga menyebabkan dia terkeluar ketika pusingan ke-11.

Bekas pelumba MotoGP itu berkata, dia bergelut seawal pusingan pertama perlumbaan dan terpaksa menamatkannya lebih awal meskipun sudah mengerah jentera ke tahap maksimum pada saingan berkenaan kelmarin.

“Hari ini (kelmarin) perlumbaan yang sangat sukar kerana saya berdepan isu kestabilan pada bahagian kiri jentera. Saya terpaksa tamatkan saingan selepas separuh perlumbaan akibat isu teknikal tersebut yang dialami oleh jentera saya.

“Saya akui ia sangat mengecewakan, namun pasukan langsung tidak berputus asa. Kami sedia untuk memperbaiki kelemahan itu menjelang perlumbaan seterusnya di litar ini minggu depan,” kata Hafizh.

Pada masa sama, pelumba berusia 27 tahun itu percaya jenteranya mampu menampilkan prestasi lebih baik pada saingan GP Doha yang turut berlangsung di Litar Antarabangsa Losail hujung minggu ini.

“Saya yakin kami akan selesaikan masalah ini sebelum saingan minggu hadapan bermula. Buat masa sekarang saya meminta maaf kepada penaja dan peminat atas keputusan ini.

“Apa yang pasti, pasukan akan cuba sediakan jentera terbaik bagi membolehkan kami mencatat keputusan lebih baik pada perlumbaan GP Doha,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI