fbpx

Kes baharu kembali melebihi 1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 1,133 kes dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA – Kes harian kembali kepada angka empat digit dengan 1,133 kes dilaporkan hari ini, menjadikan kes positif Covid-19 sebanyak 344,018 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 401 kes dilaporkan di Selangor, diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 194 kes dan Sarawak sebanyak 153 kes.

“Seterusnya, Johor (96 kes), Kuala Lumpur (53 kes), Perak dan Kelantan (masing-masing 44 kes), Sabah dan Kedah (masing-masing 41 kes) dan Negeri Sembilan (39 kes).

“Negeri lain ialah Pahang (16 kes), Melaka (enam kes), Terengganu (dua kes) manakala, Labuan, Putrajaya dan Perlis (masing-masing melaporkan satu kes),” katanya dalam ciapan di Twitter beliau di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI