fbpx

Kerana Neelofa, perkataan Langkawi pula sohor kini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA dan Haris

PETALING JAYA – Penangan populariti, perkataan Langkawi hari ini sohor kini (trending) dalam media sosial susulan dakwaan pasangan selebriti terkenal Neelofa dan Haris Ismail berbulan madu di pulau peranginan tersebut.

Perkataan Langkawi mula trending dalam media sosial sejak malam tadi itu disebabkan ramai mempersoalkan bagaimana Neelofa dan suaminya yang juga bekas peserta program Pencetus Ummah itu boleh lolos merentas negeri untuk berbulan madu.

Perkataan Langkawi sohor kini hari dalam Twitter.

Selain itu, foto mereka berada di dalam sebuah pesawat dan di sebuah lapangan terbang juga turut tular dalam media sosial sejak malam tadi.

Disebabkan perkara tersebut, rata-rata netizen juga menyuarakan hasrat dan keinginan mereka untuk merentas negeri seperti pasangan popular itu.

Foto tular yang memaparkan pasangan tersebut dikatakan berada di sebuah lapangan terbang.

Sehingga kini, masih tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak bekas pengacara MeleTOP itu berhubung dakwaan tersebut.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan kenyataan daripada pihak pengurusan Neelofa juga tidak berhasil sehingga kini.

Hari ini, Kosmo! melaporkan pemilik dan pengurus majlis, Faiz Sabari bersama isterinya, Rozana Mumtaz Mohd. Ashraff, pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin dan seorang wanita yang didakwa merupakan peguam kepada Neelofa hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan selebriti itu Sabtu lalu.

Terdahulu, Kosmo! malam tadi melaporkan pasangan terkenal itu didakwa telah pergi berbulan madu di Langkawi, Kedah.

Laporan tersebut susulan tular beberapa keping gambar pasangan berkenaan berada di sebuah lapangan terbang dipercayai menuju ke pulau peranginan tersebut.

Sabtu lalu, pasangan itu disatukan dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, tular satu gambar di media sosial mendakwa majlis yang dianjurkan itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Susulan daripada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah pada Ahad dilaporkan akan memanggil pengurus majlis pernikahan dan beberapa orang saksi lain termasuk pekerja hotel untuk memberi keterangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI