fbpx

‘Kami hanya mampu menjerit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELUARGA mangsa tidak dapat menahan kesedihan semasa jenazah empat sekeluarga diturunkan ke dalam liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Morib, Banting semalam.

BENTONG – Perjalanan empat sekeluarga termasuk dua beradik pulang ke Banting, Sela­ngor selepas menghadiri kenduri kahwin di Kelantan berakhir dengan tragedi pilu apabila kesemua mereka maut selepas terlibat kemalangan awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 5, Jalan Bentong-Raub di sini.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Marlianna Abdul Muid, 37; adiknya, Marlia Abdul Muid, 36, dan Muhammad Faizz Aryan Mohd. Faizuddin, 9, yang merupakan anak Marlia.

Seorang lagi mangsa, Muhammad Aisy Harraz Aziz, 7, iaitu anak saudara Marlia dan Marlianna.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, ketika kejadian, empat mangsa itu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Banting.

“Setibanya di lokasi kejadian, kereta dinaiki mangsa dipercayai memasuki lorong bertentangan untuk memotong kenderaan sebelum bertembung dengan sebuah treler.

“Akibat kemalangan itu, dua wanita maut di tempat kejadian, manakala dua mangsa lagi me­ninggal dunia ketika dirawat di Hospital Bentong di sini,” katanya di sini semalam.

Mangsa pergi ke Kelantan untuk menghadiri kenduri kahwin adik Marlia dan Marlianna iaitu Muhammad Azwan.

Keadaan Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Bentong awal pagi semalam.

Sementara itu, di Kuala La­ngat, Selangor, Muhammad Azwan, 29, memberitahu, ketika kejadian, mereka menaiki tiga kenderaan termasuk kereta arwah berkonvoi dari Pasir Mas, Kelantan ke Banting.

ketika kejadian, dia yang memandu Proton Saga terkejut melihat kereta Myvi dipandu Marlianna yang berada di hadapan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung de­ngan treler.

“Kami dengar dentuman dan hanya mampu menjerit sebelum memberhentikan kenderaan,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Seri Bayu, Morib di sini semalam.

Cerita Muhammad Azwan, sebelum kejadian, arwah Marlia ada berpesan kepada iste­rinya supaya menjaganya semasa mereka berhenti berehat di Hentian Gua Musang pada pukul 10.20 malam.

Dalam pada itu, bekas suami Marlia, Mohd. Faizuddin Rosman, 41, berkata, dia terkilan kerana tidak sempat memberi permai­nan kapal terbang kepada Muhammad Faizz Aryan.

“Saya baru membeli permai­nan itu dan kami sepatutnya berjumpa pada hari ini (semalam),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI