fbpx

Alia Bhatt kurang kasih sayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIA BHATT

PELAKON Alia Bhatt mendedahkan bahawa semasa kecil, dia kurang mendapat kasih sayang daripada bapanya yang juga pengarah filem terkenal, Mahesh Bhatt.

Menurut pelakon berusia 28 tahun itu, kehidupannya semasa kecil sangat berbeza daripada tanggapan ramai terhadap dirinya.

“Saya diasuh dengan cara yang agak sederhana. Percaya atau tidak, saya tidak pernah mendapat kesenangan seperti yang kalian fikirkan selama ini.

“Semuanya kerana saya merupakan anak perempuan kepada Mahesh Bhatt,” dedahnya berani.

Apabila meningkat dewasa, Alia semakin menjauhi bapanya sehingga membuatkan hubungan mereka renggang.

Menurut ibunya, Soni Razdan, Alia dibesarkan seperti anak yatim tanpa bapa kerana Mahesh tidak begitu berminat dengan kehidupan mereka.

Sejak dari kecil, Alia telah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang aktres dan mula menyedari minat tersebut ketika menjalani latihan koir di sekolah. Dia kemudian belajar menari di Institut Shiamak Davar untuk mengasah bakat sekali gus memburu cita-cita bergelar anak seni.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI