fbpx

Zip Line dan Air Pancut Muzikal tarikan baharu Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Amir Shah (kanan) dan Amirudin (dua dari kiri) bersedia membuat terjunan Zip Line sempena perasmian Zip Line dan Air Pancut Muzikal di Tasik Shah Alam, malam tadi.

SHAH ALAM – Zip Line (flying fox) dan Air Pancut Muzikal menjadi tarikan baharu pelancongan tempatan khususnya di bandar raya ini.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd.Rashidi Ruslan berkata, kedua-duanya akan mula dibuka pada 1 April ini dalam menggalakkan sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sebelum ini.

Katanya, Zip Line sepanjang 240 meter tersebut adalah cetusan idea Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri dan memberikan pengalaman merentasi tasik Shah Alam.

Air Pancut Muzikal pula di laman budaya dengan kedua-dua produk baharu itu susulan kejayaan pembukaan Taman Persahabatan Selangor-Jepun awal bulan ini.

“Pengunjung yang ingin menyertai Zip Line sepanjang 240 meter tersebut dibenarkan masuk secara percuma bermula 1 hingga 4 April ini.

“Zip Line yang bernilai RM500,000 ini mula beroperasi 1 hingga 12 April dari 10 pagi hingga 6.30 petang (Isnin dan Jumaat), 8.30 pagi hingga 6.30 petang (Sabtu dan Ahad). Manakala bermula 14 April hingga 10 Mei dari 2 hingga 6.30 petang (Isnin hingga Ahad),” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Zip Line dan Air Pancut Muzikal malam tadi.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat merasmikan kedua tarikan baharu tersebut.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mengiringi Tengku Amir Shah membuat terjunan Zip Line.

Mohd. Rashidi memberitahu, warga bandaraya ini akan menerima diskaun sebanyak RM5 sepanjang masa daripada caj RM20 hingga RM40 mengikut kategori dan untuk pelajar adalah RM20 bagi dua sesi terjunan.

Jelas beliau, Air Pancut Muzikal setinggi 30 meter yang dibina dengan kos lebih RM1 juta tersebut dilengkapi dengan sistem pencahayaan diod, pancaran cahaya (LED) berwarna-warni, audio dan pergerakan air beralun mengikut irama latar.

“Ia akan beroperasi bermula 2 April depan setiap Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum dari 8.15 malam hingga 10 malam,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI